Wednesday, November 3, 2010

STORY OF MINE.

Seketika aku merenung ke luar jendela, melihat keindahan ciptaan yg maha esa. sungguh agung ciptaanya, terasa nyaman, jiwaku semakin tenang....Tapi...lamunanku mulai kabur pabila aku teringatkan ibu..semenjak kepulanganku dari kampus, kelakuan ibu semakin berubah, ibu langsung tidak berkata sepatah dgnku..ibu sudah tidak spt dulu, yg selalu menceriakan hidupku dan selalu berkongsi apa jua masalah yg kami hadapi...kini, ibu sudah tidak menghiraukn aku...kini aku sering bermandikan air mata, semuanya berubah dlm sekelip mata, aku tidak tahu kesilapan apa yg tlah aku lakukan shingga ibu perlakukan aku sebegini. Aku tidak tahu apa puncanya semua ini terjadi, kadang kala hatiku berbisik, adakah aku penyebab ibu berubah hati? pabila aq mengajukan pertanyaan ini pada ibu, ibu berpelakuan seolah olah aku tidak wujud lg dlm hidupnya, ibu membiarkan aku dgn seribu pertanyaan. Semakin hari, bukan ibu sahaja yg tlah berubah malah seluruh ahli keluargaku turut berpelakuan spt ibu..pertanyaan ku sering diendahkan mereka. mereka hanya membiarkan aku sendirian, hatiku semakin terluka, diriku sedih di perlakukan sedemikian. Saban hari aku meratapi kesedihan sehinggalah pada suatu hari, ibu pulang ke rumah dgn wajah yg penuh sayu dan kesedihan, seperti ada yg menganggu fikirannya, aku tidak rela melihat kesayuan ibu, lalu aku mendekati ibu dan bertanya sambil memegang tangannya, lantas tanpa di pinta ibu berdiri dan berlalu pergi. Aku terpaku, aku memujuk diriku utk bersabar, tidakku nafikan aku kecewa, spt aku tlah melakukan ksalahan yg besar pd mereka. Seminit kemudian, kelihatan kelibat kakak pula, kelakuannya tidak ubah spt ibu, namun aku tidak putus asa, lalu aku cuba bertanya kpda kakak tp aku hanya di biarkan dgn linangan air mata. hatiku terasa ingin memberontak, tp berhak kah aku? sampai kapan aku harus diperlakukan sebegini dan sampai kapan aku harus menunggu segala pertanyaanku terjawap.. Aku memujuk diriku utk terus bertahan, fikiranku semakin bercelaru lalu aku dibuai lamunan sehingga mataku terlelap.....


****

ring..ring..ring.........
bunyi jam lonceng telah mengejutkan diriku, menandakan waktu utkku bangun, lantas aku bangkit dari lenaku dan seraya menjenguk2 ke ruang tamu. Kelihatan ibu dan kakak sedang bersiap2 entah hendak kemana tujuan mereka, dan aku pula tidak tahu perasaan apa yg membuatkan aku juga turut menheretkan diri utk pergi bersama mereka. Ku tatap wajah ibu yg memancarkan kesedihan, aku tidak tahu utk berbuat apa lagi dlm keadaan yg penuh tanda tanya bagiku. Tidak lama kemudian, kereta yg dipandu kakak menuju ke sebuah hospital, pertanyaanku semakin membuak2, aku berasa keliru, fikiranku jauh melencong memikirkan tujuan destinasi mereka. aku turuti saja langkah mereka dgn perasaan ingin tahu yg semakin membuak. Lalu mereka menuju pada bilik wad yg bernombor 515. Setelah kaki ku melangkah masuk ke bilik tersebut, sungguh aku terkejut, hatiku berdegup kencang kerana kelihatan jenazah yg tlah ditutupi kain putih. Segala Rintihan dan tangisan memenuhi ruang kamar itu, aku semakin runsing dgn situasi ini, inginku bertanya, tapi naluriku sdh menjangkakan bhawa pasti pertanyaanku diendahkan mereka. Tanpa berfikir panjang aku memberanikan diri utk mendekati jenazah yg ditutupi kain putih lalu prasaan ingin tahu aku semakin memmberontak, perlahan-lahan aku membuka kain putih yg menutupi wajah itu....dup..dap..dup..dap..jantungku berdegup semakin kencang, seluruh badanku mengeletar.....Aku terkejut dan seluruh badanku lemah, aku tersentak, tiba2 ingatanku mengigatkan aku pd suatu peristiwa seminggu yg lalu yg melibatkan aku pd satu kemalangan ngeri sewaktu hendak pulang menemui keluarga setelah tamat pengajianku di kampus. Aku dikatakan mengalami pendarahan yg parah dan mengakibatkan aku koma slama seminggu. Dan kini insan yg tlah kembali kerahmatulla itu adalah diriku sndri!!! tangisan memecah kesunyian kamar itu. Lalu jasadku dibawa keluar dari kamar tersebut utk di kebumikan. Tangisan ibu tiada henti dan berkeras utk tidak melepaskan jasadku, kakak hanya mampu menyabarkan ibu. Kini segalanya sudah pun terjawap tanpa rela aku harus menerima segala ketentuanNYA kerana tiada apa yg boleh mengubah TAKDIR....
Inilah noktah cinta yg terakhir buat ibuku......................




THIS STORY ABOUT HOW GRATEFUL I AM COZ I'VE BEEN BORN TO LIVE EVEN MA LIFE IS NOT LONGER AS I WISH, BUT IM JUST THE WRITER OF THIS STORY, ISNT ABOUT ME, I WROTE THIS STORY JUST TO IMPROVE MA TALENT TO WRITE MORE NOVELS. SO ENJOY IT !

No comments:

Post a Comment

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com